Tuesday, June 19, 2012

Kata-kata Hikmah

Selamat petang sahabat-sahabat yang dikasihi...

Bile mengingatkan hari-hari yang kita lalui ni kadang-kadang membuatkan kite lebih menjadi seorang yang tabah dlm menjalani kehidupan sehari-hari.Boleh dikatakan life kita hanya dengan kawan-kawan dan orang-orang yang dikasihi di samping kita.Merekalah yang memberikan semangat dan kebahagiaan dalam kehidupan kita yang mana kita kadang-kadang berperang dengan masalah dan emosi yang menyelubungi diri.

Di sini mak jenab ingin berkongsi dengan u oll's sedikit kata-kata hikmat yang sedikit sebanyak boleh memberikan motivasi untuk i oll's yang kadang-kadang dah takde motivasi ni.Ni pun mak jenab korek dari rakan blog anizyn.






1. Setiap perkara ada gantinya,setiap perlakuan ada ganjarannya.Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
I'oll's redho atas ape saje kejadian yg pahit manis dlm kehidupan ini.Hanya Allah yang mampu membalasnya.

2. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
Bile memikirkan hari-hari yg mendatang,bilela nak jadi kayo..tapi dari sudut lain,bersyukur dengan ape yang ade sbb rezeki ade di mane2.

3. Orang yang gagal adalah orang yang tak mampu untuk mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah saje yang boleh berjaya.
Adakah i oll's orang yang tertewas?Susah nak cakap sbb ade juga masalah yang tak boleh diselesaikan tapi hanyalah dengan meminta petunjuk dari Yang Maha Esa adalah jalan terbaik.

4. Belajar daripada pengalaman adalah guru yang paling baik.Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
Sesungguhnya pengalaman itu mengajar erti kesabaran.

5. Baik kaya adalah kaya hati,sebaik-baik bekal adalah takwa,seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.
OMK...insaf kejap i oll's.

6. Sebelum mencela pasangan hidupmu,bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
Ramai lagi yg tak kawin,termasukla i oll's.Huk..huk..

7. Berani berkorban dan berubah,kejayaan adalah ganjarannya.
Berubah ke arah kebaikan...amin,..

8. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik,tetapi masa yang hilang akan terus hilang selamanya.
Masa itu emas...



Akhir kata jadikan hari ini lebih baik dari hari esok moge-moge kita mendapat Hidayah Daripadanya agar menjadi insan yang lebih baik.Setiap kesedihan itu ada penawarnya dan setiap kebaikan itu akan mendapat balasan yang baik dari Yang Maha Esa.








Thursday, June 7, 2012

Drama Waris




Cerita hantu datang lagi...apakah?Mesti u oll's ingat cerite ni Kekasihku Seru.Yang akan datang ni sekuel dari drama ni tajuk Waris.Hwa..hwa...seramnye citer ni.Mak jenab memang penggemar citer hantu yang horror-horror ni,tapi yg ni memang lagi horror u..Termimpi-mimpi le jadinye..tapi tetap nak tgk gak sbb musim lalu citer ni best sgt.Nak tgk kesambungannye..jom bace die punye sinopsis citer ni..




Diarahkan oleh Kabir Bhatia, sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Rashad & Marisa selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Marisa sebelum ini pernah diganggu oleh Waris kerana dia memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.
Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.
Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris? Jadi, jangan ketinggalan untuk menonton Waris bermula 14 Jun, setiap hari Khamis jam 10.00 Malam di TV3.