Tuesday, July 31, 2012

Jerebu


Ilustrasi dari google


Hari ni cuaca amat tak sihat...keluar je dari ofis dah nmpak kabus dan bau asap yg sgt tebal.Jerebu kembali lagi..Bulan2 puase ni kalau boleh minum takpele jgk.Nampaknye takleh pegi berjalan-jalan di luar rumah ye.Ini semua berpunca dari pembakaran terbuka.So jgn memandai lak nak membako segala sampah atau yg sewaktu dgnnye.Banyakkan minum air..oopss..puase ye lepas berbuka baru bole..

Sale! Sale! Raye...

Salam Ramadhan....

Baru2 ni cik Rossa and partner telah singgah di Shopping Complex Sogo Jalan Masjid India.Bersempena nak raya tak lame lagi ni,i oll's bergigihan untuk soping sempena raye.Pergi pun pagi-pagi lagi sbb klu lewat takut takde parking ngan org ramai.Disebabkan awal sgt tu,terpakse le menunggu kat pintu luar Sogo.Tak sangka begitu ramai orang yang same menunggu mcm we oll's.



Tu dia...tak sanggup rasenye nak masuk.Tapi alang2 dah sampai,teruskan je le..



Wow! 70 % u...cume rase tak larat dan pening tgk org ramai kat dlm tu.Sampaikan ade yg hilang anak.


Tengok2 kat area kasut.Sampai tak tahu nak beli yg mane.



Penurunan harga yang begitu drastik.Telah disambar oleh we oll's.


Tempat letak air minum.Menarik sekali...untuk raye2 ni lagi senang pakai ni.Tak payah nak berdulang bagai.


Em...cam mahal tapi okla untuk keperluan raye ni.Saje je nak snap untuk tatapan adik-adikku..



Bekas kuih raye yang ala2 vantage...


Dah nak tengahari kitorang pun balik.Klu tak memang hazab nak menempuh jalan kat k.l ni.Ni pun dah jam dah.


Esoknye pergi Jusco kat taman Equine dengan my Roomate.Wow!70 % jugak..Rambang sekali mate i oll's..Kawan i oll's ni pun duk tengah belek2 mane yg patut untuk dipakai time raye ni.Nampaknye telah disambar beberape helai pakaian dan kasut.



Nampaknye seakan dah berkenan ngan beg tu.Brand Polo ngan Bum.Ouch..nak caras sis.art ni.he2...Tak beli just tgk2 and survey dolu.


Ronde2 lagi tgk kat tmpat jual tudung lak.


Kat tempat kasut ngan beg tu pun sale.Semua nye tgh sale sbb bulan Mega Sale gitu...



Dah habis shoping-shoping...Tinggal nak buat kuih raye dan beli barang2 perkakasan rumah pulak lepas ni.Kemana pulak cik Rossa selepas ini?Nantikan di entry berikutnye...





Pesanan penaja dari cik Rossa...


Berjimat amalan yang mulia,
Jangan berbelanja mengikut nafsu...


















Tuesday, July 24, 2012

Buffet Ramadhan...

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Alhamdulillah...Kini kita dah masuk hari yang keempat bulan Ramadhan tahun ini.Mungkin ada di antara kita tak melepaskan peluang berbuka puasa bersama-sama keluarga dan sahabat handai.Antara tawaran juadah berbuka  yang menjadi fofular adalah Buffet Ramadhan yang sering menjadi pilihan terutamanya warga kota.Macam i oll's yang duk kt Putrajaya ni,klu nak pegi k.l tu rase cam jauh sgt...Sesekali nak try juadah2 berbuka kat sini pulak.Agak2 kat mane yg best yek?Kat sini i oll's tepekkan antara senarai Buffet Ramadhan yang ditawarkan mengikut harga yang berpatutan.So...manela tahu kalau2 tergerak hati nak menjengah dan merasa sajian2 yang terdapat kat sini.Let's sharing2...



Buffet Ramadhan di Equestrian Club Putrajaya....Terletak kat Taman Equestrian Putrajaya.Tempat ni dekat area belakang rumah i oll's je.Tapi klu nak jln kaki tu jenuh gakla.Apakata kita try kat tmpat ni.Kalau nak cuba,i oll's ade sertakan sekali alamatnye kat sini.

Alamat : -
Taman Ekuestrian Putrajaya
Precint 5, 62200 Putrajaya
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-88886080
Fax: 03-88888699







Buffet Ramadhan di Hotel Pullman Putrajaya..Tempat ni terletak kat Presint 5 area kementerian pelancongan ngan KPT.Kalau dari rumah i oll's tu dlm beberape minit je leh sampai.Kalau nak try makan sini leh le telefon no.yang tertera kat atas ni untuk pertanyaan.






Yang ni pula Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya.(Putrajaya International Convention Center).Tema untuk tahun ni ialah Bazar Ramadhan...Terletak kat Presint 5 juge.Betul2 kat atas bukit.Kalau lalu kat Presint 2 tu sure leh nmpak punye.Kalau kat rumah i oll's pulak terletak kat depan rumah je.he2...Jalan kaki pun boleh tapi...pancit jugakla nak mendaki bukit tu.Hilang segala karbo mak.2 tahun lepas i oll's penah pegi gak sbb dpt jemputan ngan kwn rumah.Time tu kwn dpt harga murah untuk buffet tu so...apalagi kitorg pun pegi dgn semangat menjamu selera yang tk hengat tu.Variety makanan die memang the bestla siap ade bbq lagi.Insyaallah,tahun ni klu ade kelapangan nak jugak pegi...he2...



Buffet Ramadhan di Cruise Tasik Putrajaya....Terletak kat Presint 1 berdekatan Jambatan dan Masjid Putra.Kalau korang nak rase naik Cruise sambil makan2 dan menghirup udara kat Putrajaya ni,leh le try pegi tmpat ni.Sure tak rugi punye...




Ni pula hidangan berbuka dari Restoran Chakri Xpress...Terletak kat Ground Floor Alamanda Shopping Center Presint 1.Untuk reservations,kat atas tu pun ade no.tel.dan alamatnye tertera di bawah ni.
Chakri Xpress Putrajaya



Lot G85, Ground Floor,
Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Precinct 1,
62000 Putrajaya, MY
Tel : 03-8890 1616
Fax : 03-8890 1717






Dalam islam kita digalakkan untuk sentiasa berbuka dalam keadaan bersederhana.Tidak menjadi masalah jika mahu berbuka di tempat mewah,sekali sekala itu tidak mengapa.Apa yang paling penting,kita makan hendaklah tidak terlalu kenyang kerana ia sedikit sebanyak boleh mengganggu proses ibadat kita untuk seterusnya.Jangan lupa juga untuk menunaikan ibadah solat Maghrib.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.




Thursday, July 19, 2012

Dah Nak Puase...

Assalamualaikum...




Selamat pagi untuk yang dicintai dan yang mencintai selalu...Dah nak puase kite yek.Bilela agak2 tu.Esok atau lusa..nantikan jawapannye kat tv mlm ni sempena pengumuman puase.Tak sabar rasenye nak tau..Untuk mak2 kat dapo tu dah tentunye nak menyediakan masakan2 untuk sahur ngan berbuka.Paling tidak pun leh pegi bazaar ramadan kat mane2 yang ade.




Tentang bab menu nak sahur tu selalunye mane yang dan je buat.Takpun i oll's makan je kurma atau roti untuk alas perut.Kalau sempat masak,dah tentu panaskan aje lauk semalam takpun goreng telur je.hehehe...Kat sini i oll's nak selitkan antara TOP 5 menu sahur paling fofular...

MEE SEGERA

Ini adalah menu paling popular terutamanya di kalangan orang bujang lah tetapi ia juga popular dalam kalangan mereka yang dah bekeluarga kerana anak-anak banyak yang lebih berselera makan mee segera tak kiralah Maggi ke, Cintan, Mee Sedaap ke. Yang penting mee segera yang sedap di makan dan juga cepat pula di masak.







NASI LAUK SEMALAM


Yang ni pun best jugak, masa berbuka beli dekat Bazar Ramadhan dengan agak banyak pulak tu. Habis berbuka, dah banyak lauk yang lebih, biasanya emak atau keluarga akan simpan lauk berkenaan untuk dipanaskan semula bila waktu bersahur menjelang kira-kira pukul 5 pagi. Sama-samalah menikmati nasi berlauk semalam.





KUIH MUIH

Ini pun mungkin kes sama apabila banyak kuih yang dibeli di Bazar Ramadhan tak dapat dihabiskan ketika berbuka. Dengan mata yang mengantuk dan mamai serta ditambah rasa malas nak masak nasi dan lauk, jalan mudah makan sahaja sahur dengan kuih yang berbaki sementara menunggu tibanya waktu Imsak. Simple tetapi boleh jugak mengalas perut yang lapar.





AIR PUTIH DAN KURMA


I
Ini kira golongan orang paling malas lah bangun sahur. Mungkin juga mereka ni bersahur agak awal dalam pukul 12.30 malam, kemudian pegi makan kat kedai ke. Kemudian masing-masing bangun pukul 5 pagi untuk minum air suam sahaja. Jadilah kan.. dapat pahala sunat bersahur pun jadilah.




BISKUT


Yang ni jadi paling last sebab kira memerlukan tenaga sikit lah nak dapatkan. Maksudnya biskut tu kena di beli tak kisahlah chipsmore ke, biskut lemak ke atau apa-apa sahaja, Apa pun, Alhamdulillah sebab dapat bersahur kan??




Harap-harapnye leh le bangun sahur dan jangan makan berat2 mase berbuka.Yang penting esoknye leh rase cergas dan tk letih.Jangan lupe bersolat terawikh untuk mendapat keberkatan di bulan puasa ini.






Akhir kata,selamat berpuasa kepada kengkawan semua dan jadikan bulan puasa ini untuk melakukan banyak amal ibadat dan bersedekah.Semoga kita mendapat pahala di samping amalan yg kita lakukan...
















Thursday, July 5, 2012

Puasa Di Bulan Syaaban

Selamat hari khamis u oll's...

Hari ni cik Rossa puase...alhamdulillah..setakat ni leh tahan lagi harap2 sampai berbuka nanti.Maklumle dh lame tak puasa,sempena hari nisfu Syaaban ni teringin lak nak puase.Moge2 dipermudahkan..

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).


Selamat menunaikan ibadah puasa kepada kawan2 yg sedang berpuasa...

















Wednesday, July 4, 2012

Komputer dan seangkatan dengannya...

Komputer?Laptop?Tablet?ape-ape jela...Ni semua adik-beradik teknologi .Kalau dolu2 pakai komputer yang screennye bulat.Sekarang dah di upgred screen leper...




komputer dolu-dolu tapi sekarang masih ade lagi cume tk banyak dah.




Sekarang dah pakai macam ni.




Laptop yang senang dan mudah digunakan.Takyah nak hangkut pc ngan cpu berat2 tu.




Ha sekarang dek kecanggihan teknologi lahirla tablet pc.Mudah dibawa kemana-mana hanya dengan menggunakan touch screen shj.Ape-ape pun boleh...

Dek kerana canggih sangat,kengkadang ade gak kelemahannye.Kat sini cik Rossa nak kongsi tips Punca-punca kenapa komputer kite sering perlahan.

Komputer Yang Perlahan Banyak Dipengaruhi Oleh Sesuatu Program Dan Juga Kemampuan Komputer. Ketahui Apakah Punca Komputer Kita Menjadi Terlalu Perlahan.
Semakin hari semakin perlahan sehingga menunggu masa yang lama untuk membuka/menjalankan sesuatu program. Paling dahsyat, komputer akhirnya terus tidak berfungsi. Semua program ‘mati’ dan hang.
Kenapa komputer anda perlahan?
Mengikut pengalaman saya, rakan-rakan dan pembacaan, terdapat banyak punca yang menyumbang ke arah tersebut, antaranya:
1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi
Ada sesetengah program menggunakan memori yang tinggi. Cara mudah untuk mengetahuinya adalah dengan menggunakana Task Manager. Klik kanan pada toolbar di bawah kemudian pilih Task Manager. Pada Task Manager, klik pada Processes. Boleh juga tekan CTRL + ALT + DEL untuk membuka Task Manager.  Ia akan menyenaraikan semua program/aplikasi Windows sedang jalankan.
Lihat pada Mem Usage iaitu jumlah memori yang digunakan untuk program tersebut. Jika anda perhatikan jumlah memori yang digunakan dalam K (kilobytes). Lebih tinggi jumlahnya lebih tinggi memori digunakan.
Kemudian klik pada Performance dan lihat graf CPU Usage History. Peratusan melebihi 80% selalunya menyebabkan komputer menjadi perlahan. Ini disebabkan oleh semua program yang dijalankan tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh RAM dan CPU komputer. Jika 100%, bermakna komputer anda sudah kaku atau hang.
Contoh program yang menggunakan memori yang tinggi adalah 3D Games, Antivirus dan Internet Browser.
2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)
Program sebegini tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana komputer menjalankannya secara aotomatik. Semua program yang berada di toolbar komputer adalah background program.
Contoh background program adalah Antivirus, Bluetooth, Audio and Video setting, Wireless dan LAN internet.
3. Ruang hard disk yang terhad
Salah satu punca utama yang kerap berlaku adalah kekurangan ruang pada hard disk. Ini disebabkan oleh terlalu banyak program dipasang (install) tetapi saiz ruang yang terhad. Windows akan mengeluarkan amaran mengenai komputer yang perlahan akibat kekurangan ruang. Jadi, kita akan mengetahui dan perlu melakukan tindakan segera.
4. Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.
Virus dan anasir jahat pada komputer memang tidak dapat dielakkan. Setinggi mana sekali pun teknologi, ia tetap boleh ditembusi. Komputer akan perlahan, fail akan rosak dan program tidak berfungsi dengan sempurna adalah tanda-tanda komputer anda perlukan bantuan segera.
5. Memori (RAM) yang rendah
RAM antara komponen (hardware) penting dalam komputer. Jika program yang hendak digunakan adalah tinggi pengggunaan RAM-nya, maka memori (RAM) juga perlu setanding. Jika anda penggemar tegar permainan komputer, RAM tinggi adalah keperluan wajib pada komputer.
Melayukini.net – Komputer yang perlahan banyak dipengaruhi oleh sesuatu program dan juga kemampuan komputer. Kita sudah mengetahui kemungkinan utama terjadinya masalah ini.

Oleh itu,amat penting untuk melindungi komputer kita.Tips Melindungi Komputer ade cik Rossa selitkan sekali..
 Semakin Hari Semakin Banyak Serangan Ke Atas Komputer Yang Wujud Dan Pastinya Ia Menjadi Semakin Menakutkan. Adakah Komputer Kita Selamat Dengan Hanya Sekadar Memasang Antivirus? 
Dari antivirus, firewall, website penipu sehinggalah kepada tindakan menggodam laman web kerajaan, semuanya berkisarkan keselamatan. Semakin hari semakin baru serangan yang wujud dan pastinya ia menjadi semakin menakutkan.
Bagi pengguna komputer, adakah cukup sekadar mempunyai ANTIVIRUS?
Bagi pengguna kediaman mungkin kurang mendapat tempias serangan menggila sebegini tetapi untuk syarikat dan kerajaan pasti menyakitkan kepala.
Sesetengah syarikat gergasi mempunyai lebih dari 1000 komputer untuk diuruskan. Memang tidak cukup dengan hanya memasang antivirus.
Serangan tidak semestinya dari luar rangkaian. Boleh juga berlaku disebabkan kecuaian oleh pihak dalaman. Salah satu puncanya adalah kebocoran data. Data atau fail yang disalin dari komputer pejabat ke dalam pendrive.
Kemudian, dipindahkan dari satu komputer ke komputer lain. Secara langsung memberikan ‘ruang terbuka’ untuk penggodam mengambil kesempatan.
“Jadi, apa yang boleh dibuat?”
Penyelesaian terkini adalah dengan menggunakan Endpoint Security. Mudahnya, Endpoint Security adalah tambahan fungsi kepada antivirus sedia ada. Ia satu pakej lengkap melindungi komputer dan server pada sistem rangkaian.
Komponen-komponen utama yang perlu ada pada Endpoint Security adalah:
1. Antivirus & Anti-Spyware – tugasan utama melindungi komputer daripada serangan virus, trojan, malware, spyware dan anasir-anasir jahat yang lain.
2. Personal Firewall – Mengawal akses komputer ke rangkaian-rangkaian lain.
3. Policy Control – Mengawal dan memberikan laluan kepada sesuatu perisian, aplikasi dan perkakasan mengikut polisi yang telah ditetapkan.
4. Network Access Control – Mengawal rangkaian komputer sama ada untuk akses intranet dan internet. Hanya komputer yang berada dalam polisi yang ditetapkan sahaja boleh memasuki rangkaian.
Semua fungsi-fungsi di atas bergabung untuk mengawal aliran data, akses ke internet, akses ke rangkaian dan juga keselamatan data. Setakat ini hanya ada 4 Endpoint Security yang popular di Malaysia, antaranya:
1. Sophos Endpoint Security & Data Protection
2. Symantec Endpoint Protection
3. McAfee Endpoint Protection Suite
4. Trend Micro OfficeScan
Melayukini.net – Kawalan akses dan polisi paling penting untuk mengelak kebocoran data, serangan penggodam dan juga virus. Sekarang, ia sudah jadi satu keperluan pada syarikat-syarikat kerana kehilangan data adalah perkara paling ditakuti oleh setiap pengurusan syarikat.
Semoga tips-tips ini boleh dijadikan panduan untuk we oll's yang suka melayari komputer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...