Powered By Blogger

Thursday, August 30, 2012

Merdeka!




Esok cuti...esok juga adalah hari Kemerdekaan negara kita yang ke 55 tahun.Tanggal 31 bulan 8 57,Merdeka!Merdeka!Merdeka!... (dari lagu Kemerdekaan).
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental.Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Selamat Hari Merdeka!



Tuesday, August 28, 2012

Memori Hari Raya...


Assalamualaikum...

Bersua kembali kita setelah seminggu bercuti hari Raya di Kampung halamanku.Rase seronok beraya pun tk habis lagi..sekarang kenelah kembali bertugas seperti biasa.Kepada yang nak buat open house tu jgn dilupe kite di sini.hehehe..Mase raye hari tu sempatlah cik Rossa mengambil gambar keluarga untuk tatapan di masa  rindu..


Inilah kg halaman Cik Rossa kat N.Sembilan.Time ni semua org dah balik ke bando nak bekerja semula.Tinggallah Cik Rossa ngan mak dan ayah.


Mak,Cik Rossa tgh duduk di pangkin sementara nak tunggu ayah i oll's pergi ke bando.Time ni sempatla menempek foto untuk kenang-kenangan.Mesti mak i oll's tgh ckp dlm hati "wah..glamour jgk aku hari ni,anak aku ni ambik gambar nk masuk majalah agaknye"kihkihkih..ampun mak..anaknye masukkan gmbar ni kat dlm blog je.Janji mak tetap glamour gitu..hehehe...


Gambar mase hari raya pertama.Lepas bersalam-salaman,kitorg pun ambil gambar ni.Yang ni i oll's yg ambilkan.Yang belakang sekali tu abang  ngan kakak ipar dan yang depan sekali ayah,mak dan yang montel tu imran.Tengok ape tu imran?hehehe....


Yang sebelah kiri tula i oll's...tudung i oll's tu same pulak ngan warna langsir rumah i oll's.kakaka...


Sedara mara belah mak yg dtg berkunjung ke rumah raya ke 2.Sempat diambil gambarnye untuk kenang-kenangan.Imran duk tengok kipas kat atas tu je...hehhe..


Yang ni gambar Imran tengah merangkak.heheh...cepat imran..auntie nak pegi jalan..


Mase untuk pulang...nmpaknye rumah kembali sunyi semula.

Semoge bersua kembali pada hari raya akan datang...eratkan jalinan di hari raya ini agar kukuh tali silaturrahim antara keluarga.




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN









Tuesday, August 14, 2012

Selamat Hari Raye...

Assalamualaikum...

Tinggal lagi 4 hari nak raye...Cik Rossa akan mula bercuti pada 17 haribulan ni iaitu hari Jumaat untuk pulang ke kampung.So,untuk entry ni khas sempena hari raye yang bakal menjelang tibe di mane ramai kengkawan yang akan pulang ke kampung tak lame lagi.Blog ini pun akan bercuti seperti tuan nye juge sepanjang hari raye ni.Adakah persiapan raye korang dah settle?Baju raye,kuih raye dan yang penting duit raye...kuang..kuang..kuang...isi dlm sampul tu berape le agaknye.Maklumle duit baru,syg nak bagi kat org.hehehe...Kire sedekah je ngan anak2 kecil.Walaupun tk seberape banyaknye tapi sampul yang menarik pun dah cukup.hehehe...





Biskut raye ade?Katenye nak buat mase awal bulan puase hari tu..Last2 beli je le.Maklumla bulan2 puase ni rase tak larat la pulak.hehehe..alasan ke ape tu.Papepun walaupun beli tapi janji rasenye kebabom...Tapi..kalau asyik membeli je,nanti ramai pulak yang kks terlebih kksnye dgn kite.hwa...apakah?Hanya mak2 karbo yg ade jwpannye...


Ilustrasi dari gmbar sebenar.not copy2.

Langsir raye dah pasang?Selalunye malam raye dah sibuk2 kitorang memasangnye.Gigih le tukar  klu tak dekat 5 tahun warna yg sama je le.Janji raye...hahhaa...


Oh ye...Cik Rossa pun nak bagi pesanan penaja untuk adik2,abg2 or mak2 karbo supaya jgn main mercun..kakaka...ape?mak karbo main mercun?dahsat..dahsat...bertambah sirna raye tu...hahhaa...Nanti tak sempat nak makan rondang.jwbnye makan kat spital je...




Janji raye dpt makan lomang,ketupat dan selainnye.



Selamat balik kg untuk kengkawan yg nak balik.Don't Drink and Drive...maklumle bulan pose...Biar lambat asal balik kg..hwa..hwa..


Akhir kate salam Aidilfitri untuk sahabat2 blog yang sudi menjengah blog i oll's ni...Ampun dan maaf dipinta sekira ade salah tutur bicara sepanjang cik rossa berblogging...Semoga lebaran ini menjanjikan kebahagian dan keceriaan di samping org tersayang..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...




















Thursday, August 9, 2012

Malam Lailatul Qadar


Salam untuk yang diingati selalu...

Malam ni kalau dikira-kira adalah 10 malam yang terakhir..Marilah kita mencari malam Lailatulqadar yang sememangnye dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam di dunia ini.




Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:
Maksudnya:
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,
"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."
Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."
- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wednesday, August 8, 2012

Fesyen Raye Tahun Ni..

Salam...

Bersua kembali di laman cik Rossa ini...dah lame rasenye tak mengupdate entry di bulan ramadhan ni.Maklumle tuan empunye blog mengalami cirit birit minggu lepas.Tersalah makan aka melahap gamaknye...Tu le disebabkan kupang sampai tak hengat dunia makan,jawabnye 3 hari duk kat rumah.Moral of the storymory..beringat orang kanan sebelum makan.Em..benda dah nak kene kan ape nak buat.Tapi nak speku gak yang mak ngan ayah i oll's tak pulak kene walaupun diorang ade makan.Maybe perut diorang tahan dari segala anasir2 jahat agaknye.he2..ampun..Okla..janji i oll's dah kembali pulih seperti nan hado ni..alhamdulillah sgt...Lagi seminggu lebih je lagi nak raye ni,korang dah ade baju raye lum?Kalau kat shopping complex  atau kat mane2 kedai dah berlambak baju raye diorang jual.Kalau tak sempat nak buat atau mak korang jahit baju orang lain dulu yang mane baju raye korang siap time nak jalan raye tu leh le beli je yg dah siap.Kalau nak yang berfesyen pun ade.Meh i oll's speku baju raye fesyen untuk tahun ni...


Dari butik Rizalman.Sekarang fesyen baju raye ni dah dijual di Tesco.Leh le klau nak try...



Fesyen dari Hatta Dolmat dan digayakan oleh Tasah Shila u oll's...kelass sgt...Sure menjejes tgk bile mak2 pakai ni.


Fesyen dari Jovian Mandagie...Warna2 yang sesuai untuk anak muda dan mak2 muda pun leh pakai di pagi raye.Simple and stylista...



Kalau nak fesyen yang ade ikat reben kat pinggang pun ade..Boleh masuk laman web yang tertera di situ.Macam2 warna ade..



Sekarang dah popular ngan trend jubah.Pelbagai fesyen jubah yang ade sekarang.Ade kelainan di pagi raye...



Ini pula blouse dengan palazo..Sesuai untuk jalan2 santai atau di rumah.



Warna biru ngan bling2 kat jubah ni sgt gorjes di pakai di pagi raye...ada bran?

Kalau dah dapat yang berkenan,bolehle di pakai di hari raye ini...Bertambah meriah dengan fesyen2 glamour  gitu..Semoge meriah raye korang tahun ni..





Kita bakal meninggalkan Ramadhan yang mulia ini tapi tetap merindukannye.... Salam Ramadhan..