Powered By Blogger

Tuesday, October 8, 2013

Hijab And Telekung New Arrival...for sale!



Jualan pembukaan untuk tudung dan telekung edisi baru...
Bagi yang berminat boleh pm di blog ni dan akan direply secepat yang mungkin..
Harga bagi tudung rm35 dan telekung  lycra rm100.
Penghantaran terus kepada pelanggan terutama yang tinggal di lembah klang manakala yang berada di luar kawasan,penghantaran akan dibuat melalui pos.

RM35 Sehelai









harga rm100 (sila abaikan harga di dalam gambar)




Days Gone By...

Assalamualaikum...

Mimpikah rasanya hari ni?
Atau masih di awang-awangan...hurm...
Rindu rasanya nak menaip semula di kala hari-hari yang lalu tidak mempunyai kesempatan utk keudara..
Alhamdulillah...
Masih di sini cuma hati dan jiwa tiada di sini.
Namun moment-moment indah di tempat lama masih segar dalam ingatan.Cuma jarak yang memisahkan.
Wah,bercoretan pula cik Rossa ye...
Terajinnnnn....pula hari ni nak menjenguk blog yg dah sendu ni.Tapi klu sudi nak masuk,sila-silalah.cumenye dah lame tak update.Time tgh tak buat ape...tak buat ape?Maksudnye ada di tempat kerja cuma tak berapa nak kerjalah gitu...Sekarang ni tgh menyetelkan taskforce utk unit K base.Dah settel cumenye nak kene tunggu sampai 10 haribulan ni.So...cuti-cuti Malaysia di office le walaupun bukan cuti yg sebenar.
Hari-hari semakin berlalu...
Kini tidak seperti dulu,semuanya dah berubah.tempat kerja baru.kenalan baru dan sahabat-sahabat yang baru yg menyinari kehidupan ini.Moga semuanya baik-baik saja...
Insyaallah jika ada kesempatan akan kembali semula dgn entry2 yang baru,segar dan cerita-cerita baru especially to introduce our new business project..Nantikan ye...



Saturday, April 20, 2013

Berkursus di cyber

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dpt gak cik rossa ke udara semula.Maklumlah kebelakangan ni masa tidak mengizinkan.Sekarang ni setelah bertukar ke suasana kerja baru,kekangan makin mencanak-canak.2 minggu berkursus di Semua House kat k.l.Balik dari kursus pun dah penat,so tkde mase utk bersosial.hihi..Sekarang ni dptla merilekskan diri sblum berkunjung ke tmpat baru.Mampukah?
Hari minggu mcm ni dptlah open balik blog akk yg sendu ni.Tapi cik rossa dptlah menaip dgn lancarnye menggunakn laptop abg tentera i oll's ni.hihi...Ooops..
Semalam dgn gigihnye pegi beli modem utk laptop ni.Bile pegi kat maxis,die suggest utk guna modem mifi.ape tu?Yg i oll's tau wifi je.Ha..betulla tu.Kire guna modem ni leh gune sekali ngan tab atau smartphone kite.Tak yah nak asing2.Hmm...i oll's pun belilah...rm150 la jugak terbang ngan jayanye..Balik je rumah terus pasang.tk menyabo nak gune.tekan punye tekan asyik tk dpt je.Ni yg hangin ni.Terus call maxis baru jalan.Sib baik leh guna.



Ni le laptopnye..Lenjan baik punye..hihi...


Kat sinilah kitorg berkursus.Kire utk hilangkn stress le gamaknye sebelum......paham-paham je le.hihi...


Snap photo jap kat sini.Hiasan kat resort tu.Ade gak spa utk sesiape nak datang.Harge sila tel.pihak resort tersebut.

Minggu depan bermula la kojenye...ade mase nanti cik rossa cube gak la merajinkan tgn ni utk mengedate entry2 baru.Sekiranye tkde,diharap maklum.Utk kwn cik rossa yg cute mute iaitu cik shomel sekirenye bace entry ni,we oll's kat sini sentiase mengingati u oll's.Semoge cik shomel sentiasa bahagia di sane.Klu ade ape2 utk ditanye,cik rossa sedia membantu.(Ayat kat tmpat keje baru)
Kitorang kat sini dah jumpe jejak kasih semula.Geng mcjing yg telah bertemu utk sekian lamenye.Nanti kite we chat together ye na..Akhir kate,smpai jumpe lagi di entery jameela yg baru..



Tuesday, March 26, 2013

Jangan Malu Untuk Berubah




Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini, yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan.
Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.




Wednesday, March 20, 2013

Tamat Sudah Lesen JPJ Ku..

Assalamualaikum buat teman semua...

Dah cukup 2 tahun rupenye...pejam celik pejam celik tengok-tengok lesen dah mati.Berakhirnye lesen P or kate lainnye (PROFESSIONAL)hahhaa...So teringat nak pegi JPJ kat Putrajaya ni.Telefon tanye diorg kate takde untuk renew lesen.Kene pergi kat tmpat lain.Kalau hari biase malas lak nak pegi.So hari Sabtu Ahad jelah yg free.
Rupenye ade buka kat Wisma UTC kat PUDU SENTRAL hari sabtu ngan ahad.Huhu..walaupun jauh janji hari minggu.Gigih sangat nak pegi sane kan.Janji leh hidup lesen ni klu tk asyik risau je nak drive.
Wisma UTC?Tak pernah dengar lak.Maybe i oll's sorang je ke yg tak tau.hmm..jom jengok tempat die..



Nilah pintu masuk ke Wisma UTC atau Pusat Transformasi Bandar.Terletak kat aras 2 kat area tmpat parking kete.Kalu tk silap tmpat ni pun baru lagi mase pembukaan Pudu Sentral yg baru ni.


Rupenye kat sini macam2 ado.Hotel,Kedai kain,kedai buku,klinik,kedai rakyat 1 malaysia,gov.office dn lain2 lg.Yg penting karaoke pun ade.sambil tunggu bas leh karok dulu.hihi..


I oll's buat lesen kat pejabat JPJ  ni lah.Yang bestnye hari minggu tk ramai org.Dibuka dari pukul 8 pg-6ptg sabtu ahad.Hari biase pun buka juge tp smpai mlm.Kire senangla jugak sbb segala lesen yg berurusan dengan kerajaan boleh didapati di sini.Ade Imigresen,SPAD,JPN,SSM dan banyak lg.


Dah lepas buat lesen,i oll's merewang ke kedai buku sambil tgk2 buku2 kat situ.


Banyak sangat buku2 yg menarik seperti novel2 dan buku ilmiah yg lain.Harge pun murah berbanding kedai lain sbb i oll's beli kamus kat tmpat lain harge dlm rm 30 lebih.kat sini cume rm 14 ringgit lebih je.Nyesal tk g sini.


Sempat g beli barang kt kedai rakyat.Saje nk tgk dlmnye walaupun kat office sendiri pun ado.





Antara hasil makanan yg telah selamat dibawa pulang.Banyaknye makan kan.Lapo le katekan...OK..next time leh pegi sini lagi klu nak buat lesen time hari minggu.Rajin sangat lah ni kan.hihi..


















Wednesday, March 13, 2013

Khas buat wanita

Assalamualaikum...Lame rasenye tak menjenguk blog kite ni.Sekarang ni aktiviti berblogger makin kedaung maybe tangan ni kelihatan malas nk menaip.Sekarang ni hari2 duk tgk berite sbb nak kene tahu isu semasa.Kebetulan lak tragedi Lahad Datu ni pun tk habis lagi.So,makin rajin tgk maklumat2 tentangnye kat semua media.Moge2 cepatlah berakhir dan semua pasukan keselamatan berada dlm keadaan selamat hndknye.Hari2 kite duk doa untuk rakan2 tentera kat sane terutamanye adik kwn yg berasal dari kelantan semoga cekal dan tabah untuk mempertahankan negara yang tercinta ini.Jom same2 juge kita sedekahkan Al- Fatihah buat perajurit kita yg terkorban.Jasamu amat dihargai...
Di samping tu nak review tentang aktiviti yg akan berlangsung kt Putrajaya minggu ni.Khas buat wanita2 akan diadakan hari jalan kaki iaitu 1 milion women purple walk serentak di seluruh negara.Siape2 yg tk g mane2 tu leh le sertai aktiviti ni sbb bagus untuk kesihatan kite dan leh le buang lelemok yg bersarang tu.hehehe..Yang mesti ade ialah baju sukan yg penting kaler purple...Tk yah nak segan2 sebab semua yg berjalan ni semuanye perempuan.Sila bawa mak,makcik,adik,kakak,nenek sbb sambil jenjalan leh menikmati  keindahan putrajaya sesambil mengeratkan silaturrahim..




Monday, March 4, 2013

Mulakan pagi anda dengan senaman

Assalamualaikum...

Selamat pagi readers...

Hari ni as usual every morning kita akan bergerak dari rumah untuk ke tempat kerja.Kengkadang nak pergi kerja tu rase berat sangat badan ni.Letih lesu dan tidak bermaya.Mungkinkah body ini tidak berupaya nak menampung lelemok yg tersimpan atau tiada kuasa enjin untuk menggerakkannya.Macam kereta jugak kan nak kene diservis kalau dah sampai waktunye.So,klu nak rase cergas dan bertenaga di pagi hari kite kenelah bersenam walaupun sekejap tapi effectnye amat bagus untuk body kita.Kat sini i oll's selitkan review berkaitan senaman yg i oll's dapat dari hmetro.Moge dapat menjadi panduan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat selepas ini.

Kepercayaan: Cuba bersenam, tetapi tiada guna kerana penuaan tidak dapat dielakkan.

Hakikat:
 Memang proses penuaan tidak dapat dielakkan. Penuaan sudah berlaku sebaik kita dilahirkan, tetapi bukan bermakna ia tidak berguna. Bersenam penting untuk mengekal-kan kesihatan supaya kita boleh menikmati kehidupan hari tua yang sejahtera. Tua bukan bermakna kita tidak boleh bersenam kerana ada warga emas yang berusia lebih 60 atau 70 tahun masih boleh menyertai maraton.

Kesan bersenam bukan pada kesihatan fizikal saja, ia juga boleh merangsang daya ingatan dan mencegah daripada masalah nya-nyuk. Ia juga membantu kita mengekalkan kemampuan berdikari, tidak perlu bergantung kepada orang lain terutama ahli keluarga dan membolehkan kita melakukan aktiviti kegemaran. Inilah sebabnya senaman itu perlu dijadikan satu gaya hidup kita.


Kepercayaan: Senaman tidak sesuai untuk semua orang terutama yang sudah tua, dikhuatiri terjatuh dan mungkin patah tulang.

Hakikat:
 Senaman adalah cara untuk mengurang-kan risiko terjatuh kerana ia membantu membina kekuatan, meningkatkan keseimbangan badan dan kelincahan. 

Senaman seperti tai chi adalah contoh senaman yang sangat berguna untuk memperbaiki keseimba-ngan badan. Masalah tulang lemah dan reput (osteoporosis) juga boleh dikurangkan risikonya dengan bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan.


Kepercayaan: Saya sakit, saya tidak boleh bersenam.

Hakikat:
 Dalam sesete-ngah keadaan kita memang disarankan untuk berehat seperti ketika demam. Namun, secara umumnya semua doktor menasihatkan pesakit mereka supaya bersenam mengikut kemampuan, hatta mereka yang baru menjalani pembedahan termasuk pembedahan jantung. 

Banyak pesakit kronik juga disarankan supaya bersenam. Bersenam adalah antara ‘ubat’ penting untuk banyak jenis penyakit kronik termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, sakit jantung dan artritis.

Bagaimanapun berbincanglah dengan doktor terlebih dulu mengenai kesesuaian jenis senaman yang anda rancang untuk belajar cara selamat melakukan-nya. 


Kepercayaan: Saya bimbang dapat serangan jantung ketika bersenam.

Hakikat:
 Memang ada orang yang mendapat serangan jantung ketika bersenam. Bagaimanapun, kita perlu ingat, serangan jantung boleh berlaku bila-bila masa termasuk ketika tidur. Namun, manfaat kesihatan daripada bersenam itu jauh lebih tinggi berbanding risikonya. 

Malah, orang yang tidak pernah atau jarang-jarang bersenam mempunyai risiko lebih tinggi mengalami serangan jantung berbanding individu yang aktif.


Kepercayaan: Senaman akan menyebabkan sendi saya sakit.

Hakikat:
 Orang yang mengalami masalah sakit sendi (artritis) sangat digalakkan untuk bersenam mengikut kemampuan masing-masing. 

Menurut jurupulih kerja, Charlie Tan, bersenam perlu dianggap sebahagian daripada ubat wajib pada pesakit artritis kerana ia syarat wajib untuk mengelakkan sendi daripada kehilangan fungsinya. Lebih banyak anda bergerak, otot dan sendi akan menjadi lebih kuat. 

Bagaimanapun anda perlu ‘menghormati’ sendi anda. Jika rasa terlalu sakit, berehatlah dan pergilah berjumpa doktor. Belajarlah kaedah senaman bersesuaian dengan masalah anda.


Kepercayaan: Saya terlalu letih atau lemah untuk bersenam.

Hakikat:
 Orang yang baru menjalani pembedahan atau baik daripada penyakit memang berasa lemah walaupun untuk berjalan. Bagi pesakit jantung contohnya, mereka disaran untuk ba-ngun dan berjalan perlahan-lahan sebaik berada di wad biasa. 

Doktor bukan mahu menyeksa kita sebaliknya mereka mahu pesakit cepat sembuh. Kalau rasa lemah, cubalah berjalan di keliling katil saja, beberapa kali sehari. Pada hari kedua, berjalan jauh sedikit, mungkin sekitar kawasan wad. Bersenam, walaupun perlahan akan merangsang proses penyembuhan. 

Bagi mereka yang berasa ‘tidak bertenaga’ apabila sampai di rumah dari tempat kerja, cubalah luangkan masa untuk bersenam. Buat senaman ringan di dalam rumah seperti menari, turun naik tangga atau berjalan setempat sehingga berpeluh (dalam 15 hingga 20 minit). Anda akan rasa lebih bertenaga selepas bersenam. Malah, emosi juga akan bertambah baik.


Kepercayaan: Saya sudah berumur dan tidak pernah bersenam, jadi sudah terlewat untuk melakukannya. 

Hakikat:
 Tiada umur yang dikatakan terlalu lewat untuk mula bersenam, hatta anda sudah memasuki umur emas. Bersenam mengikut kemampuan boleh membantu menguatkan kekuatan otot. 

Semakin kita berusia, semakin banyak risiko pe-nyakit yang menunggu. Jadikanlah senaman sebagai ‘makanan’ harian untuk mengembalikan kesihatan. Bahkan jika kita sudah ada penyakit pun, banyak kajian menunjukkan bersenam boleh membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik.


Kepercayaan: Wanita tidak sepatutnya lakukan senaman angkat bebanan, nanti badan berketul-ketul.

Hakikat:
 Senaman me-ngangkat bebanan yang dilakukan secara sederhana tidak akan membuatkan badan wanita jadi seperti ahli sukan bina badan. Bukan mudah untuk mempunyai badan begitu kerana perjalanan untuk sampai ke tahap itu amat payah. 

Pembentukan otot pada lelaki berlaku lebih cepat kerana mereka mempunyai hormon testosteron. Jika wanita mahukan badan berketul seperti lelaki, mereka perlulah mengambil hormon testosteron (hormon yang memberikan ciri lelaki) yang banyak.

Bagi kita yang bersenam pada kadar sederhana, tidak perlu takut untuk melakukan senaman mengangkat bebanan. Senaman angkat berat penting untuk me-ngurangkan paras lemak dalam badan, meningkat-kan jisim otot dan membakar kalori dengan lebih cepat serta berkesan. 


Kepercayaan: Jika sudah kurus dan tiada masalah berat badan berlebihan, tidak perlu bersenam.

Hakikat:
 Satu perkara yang perlu kita fahami ialah kurus bukan bererti sihat. Di sekeliling kita berapa ramai orang kurus yang sakit? Mung-kin ramai tidak sedar bahawa orang kurus juga boleh mempunyai paras lemak badan yang tinggi. 

Menurut penyelidik di Klinik Mayo, lebih daripada separuh golongan dewasa dengan berat badan normal termasuk dalam kategori ini, mempunyai lebih 30 peratus lemak badan bagi wanita dan 20 peratus bagi lelaki. 

Kandungan lemak badan yang tinggi meletakkan orang kurus sama kedudukannya dengan risiko individu gemuk (obes) untuk mendapat penyakit kencing manis.

Tujuan bersenam bukan sekadar menurunkan berat badan, tetapi ia mempu-nyai banyak kebaikan lain. Antara manfaat lain bersenam ialah ia boleh membantu mengembalikan tekanan darah ke paras normal, memudahkan kawalan penyakit, mening-katkan kecergasan, mengurangkan rasa letih dan membuatkan kita rasa tenang.


Kepercayaan: Tidak berguna bersenam jika berat badan tidak berkurang.

Hakikat:
 Seperti dijelaskan di atas, bersenam bukan untuk menurunkan berat badan semata-mata. Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, perlu ada tiga perkara pokok iaitu kesungguhan, mengurang-kan pengambilan makanan dan meningkatkan pergerakan (aktiviti fizikal). 

Janganlah dua tiga hari bersenam sudah mengharapkan berat badan turun satu atau dua kilogram. Berat badan bertambah perlahan-lahan, penurunannya juga perlulah mengambil masa. 


Kepercayaan: Kita boleh lakukan senaman khusus untuk membuatkan bentuk anggota tertentu jadi cantik.

Hakikat:
 Ini kepercayaan karut yang akan melunturkan semangat seseorang untuk terus bersenam selepas mendapati tiada perubahan pada anggota tertentu seperti diharapkan. 

Tidak usahlah habiskan tenaga buat satu perkara yang tidak mendatangkan faedah. Senaman secara teratur dan berterusan akan memberikan hasil yang kita idamkan termasuk banyak perkara baik lain yang tidak kita sedari. 


Kepercayaan: Kalau saya sudah bersenam 30 hingga 45 minit, saya boleh buat atau makan apa saja.

Hakikat:
 Bersenam bukan tiket untuk kita mengamalkan pemakanan sesuka hati. Malah, ia juga bukan laluan yang membolehkan mengamalkan gaya hidup ‘malas bergerak’ pada kebanyakan hari. 

Kajian yang dilakukan Persatuan Kanser Amerika ke atas 123,000 orang sihat mendapati wanita yang duduk selama enam jam sehari mempunyai kebarangkalian 40 peratus mati cepat berbanding kumpulan yang banyak bergerak.


Kepercayaan: Bersenam di gimnasium lebih baik.

Hakikat:
 Tidak kira di mana pun anda bersenam, semuanya memberikan manfaat dan meningkat-kan tahap kesihatan. Kita tidak perlu berbelanja besar untuk sihat. Jangan cemburu pada orang yang mampu menjadi keahlian pada mana-mana gimnasium berprestij kerana anda boleh mendapat kesan sama dengan bersenam di taman rekreasi. 

Banyak taman rekreasi di negara kita dilengkapi dengan peralatan yang lebih kurang sama dengan di gimnasium dan boleh digunakan secara percuma.


Kepercayaan: Senaman boleh menukar lemak kepada otot.

Hakikat:
 Tidak kira senaman apa yang anda lakukan, ia tidak boleh menukar lemak kepada otot. Sel lemak tidak akan bertukar kepada sel otot atau sebaliknya. Ia adalah dua tisu yang berbeza, kata Ketua Program Sains Senaman di Kolej Quincy, Massachusetts, Amerika Syarikat, Dr Wayne Westcott.

Kita menjadi gemuk apabila sel lemak dipenuhi dengan lemak. Seseorang yang gemuk mempunyai jumlah sel lemak yang lebih banyak berbanding orang kurus. Bersenam boleh mengurangkan kandungan lemak di dalam sel lemak dan menambah saiz sel otot kita.


Kepercayaan: Saya tiada masa untuk bersenam.

Hakikat:
 Berhentilah menggunakan alasan lapuk ini. Apa yang badan perlukan hanyalah 20 hingga 30 minit sehari daripada 24 jam yang diberikan pada kita. Tidak perlu lakukan dalam satu sesi, boleh pecahkan kepada tiga sesi, 10 minit satu sesi. Contohnya 10 minit berjalan cepat pada waktu pagi dan 20 minit bermain badminton, berbasikal atau menari pada waktu petang - hak badan kita sudah tertunai!

Untuk menyemarakkan semangat, ajak ahli keluarga misalnya pasangan dan anak-anak untuk bersenam bersama. Sesi senaman akan jadi lebih meriah dan menyeronokkan.

Sumber: hmetro.com.my

Wednesday, February 27, 2013

Jom ke karnival

Assalamualaikum...

Ape kabo kengkawan blogger?Lame i oll's tk ke udara ke alam maya ini.Hari ke hari nak ngedate,tp tiada kelapangan dan tahap boring terlampau sgt kot.Tapi gagahkan jua tangan gatal ini untuk menaip.hihihi...
Hari minggu ni ke mane?Dah ade perancangan kah?Just nak bagi info tentang karnival yang akan diadakan di Putrajaya minggu ni.



Akan berlangsung selama 4 hari di presint 2 putrajaya bermula 28 februari ni.Jom beramai-ramai kpd sesiape yg tak tau nak pegi mane tu leh bawak family sekali.



Monday, February 18, 2013

Patutkah try online bisnes?

Assalamualaikum...

Selamat petang kawan2...hari ni nak ngedate gakla entry sbb dh lame tandus dgn aktiviti2 kerja.Kengkadang sampai tkde idea nak masukkan entry ape.So,i oll's selitkanlah aktiviti hari ni di mana i oll's menghadiri course sesi membuat bisnes online kat office ni.Teruja sebenarnye nak berniaga tp tak tau produk ape nak dipasarkan,Tu yg i oll's dan kawan daftar jugakla sambil nak memenuhkan kuota aktiviti pembelajaran we oll's ni.Semasa sesi course tu,we oll's didedahkan dgn cara2 nak memulakan bisnes dan tips-tips nak kembangkan bisnes.Maklumla sekarang ramai dah org join bisnes online so rasa2 nak berjinak-jinak ngan bisnes tu bolehla mulakan sekarang.Untuk permulaan maybe tk berape menguntungkan tp hasil kesabaran ape yg kita buat ni insya allah akan berhasil.Yang penting minat dan ketekunan kita menjalankn perniagaan tu.Ha..tu dia..semangat waja nak meniaga dh dtg tp kene study dulu produk ape nak jual.Gunakan kesempatan ini sebaik mungkin dan rajin-rajinle masuk social network ni.Fb,Twitter,blog dan seangkatan dgnnye untuk lebihkan promosi.





Ni semua antara online business yg hangat di pasaran.Setakat ni i oll's dah menggunakan perkhidmatan doorstep iaitu pembelian barang2 rumah contohnye barang2 dapur terus ke rumah.Ade setengah-setengah produk yg kadang2 tkde di pasaraya u oll's boleh dptkan di sini.Kalau sesiapa yg malas nk ke shopping kompleks ke atau nak ke pasar borong,bolehla mencuba service ni.Cepat jugak sampai ke destinasi tp disebabkan i oll's ni duk putrajaya agak sukar jugak diorg nak cari tmpatnye.Harga yg ditawarkan pun agak murah gakla.So,sekiranya ade peluang untuk nak meniaga ni bolehla cube2 untuk daftar kt mane2 online business yg menawarkan peluang2 perniagaan.Mane la tau barang kite jual tu mendapat sambutan ramai.At least dapatla income untuk simpanan kita.


Friday, February 8, 2013

My Lovely Day...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Hari ini bersamaan 8 February 2013... rase syukur ke HadratNya kerana diberikan nikmat dan kebahagiaan yang tidak ternilai.Sesungguhnya rase amat syahdu kerana hari ini i oll's di lahirkan di muka bumi ini.Hari ini akan dikenang sebagai sejarah yg diingati moge i oll's menjadi insan yg lebih baik dan sentiasa beramal KepadaNya.Amin...



Terima kasih tak terhingga buat kengkawan yg mengingati diri ini.Love u oll's ketat2....

XOXO


Thursday, February 7, 2013

Macaroni goreng daging

Salam u oll's...

Nak masak ape yek?Tibe2 kerajinan menepis kemalasan mlm td.Nak masak nasi,bosan pulak hari2 nasi je kan.Ape kate cube western pulak.I oll's teringat nak try masak macaroni goreng sbb macaroni tu dah lame beli tp tk bermasak.So this is the time to goreng menggoreng..Nak resipi sekali pun ade klu sesiape yg berminat nak masak.


Ni lah ropenye setelah digoreng.Nak cube?Resipinye leh tgk kat bawah.

Bahan-bahannye:

Macaroni               setengah bungkus
Bawang merah       2 biji (di potong dadu)
Bawang putih         3 biji (di potong dadu)
Lobak                    setengah biji (dihiris halus panjang2)
Daging cincang       setengah bungkus
Fish cake               ikut suka banyak mane(dihiris kecil2)
Cili boh                  1 bekas kecil
Telur                      1 biji
cube ikan bilis         1 cube
garam                     secukup rase
olive oil                   sedikit sahaja

Cara-cara:

Rebuskan dahulu macaroni dlm periuk.Letakkan sedikit olive oil agar tidak melekat.
Tumiskan bawang merah,putih sampai naik bau.Masukkan daging cincang dan masak smpai lembut.
Masukkan cili boh.Tumis smpai masak.Letakkan sedikit air supaya tidak kering sangat.Masukkan cube ikan bilis,telur,fish cake dan lobak.Goreng sampai sebati.
Lastly barulah masukkan macaroni yg dah rebus tu serta serta sedikit garam sebagai perasa.

Boleh dimakan bersama sambal ikan bilis klu nak pedas.

Selamat mencuba...






Tuesday, February 5, 2013

Indahnya Desaku

Assalamualaikum...

Bersama ke udara semula...just nak review aktiviti time balik kg ari tu.Cuti hari Wilayah hari tu,i oll's bercuti di kg halaman.3 hari je cutinye tp cukup untuk melepaskan kerinduan pada ibu bapa.Maklumle,anaknye ni susah beno nak balik.Sekali sekala balik rase tenang dan aman dapat tgk keindahan kt kg ni.Rindu ngan suasana zaman bermain time kecik2 dulu.Mase dolu2 ramailah kengkawan lagi kat sini tp sekarang ramai yg dah berhijrah ke bando utk mencari rezeki.Termasuklah i oll's.


Masih banyak pokok2 yg mak dan ayah i oll's tanam.Selebihnye pokok2 hiasan buat sedap mate memandang.Pasu2 tu dah siap dibeli nak tanam pokok bonsai katenye.


Pokok bunga ros yg ditanam ni kelihatan segar dan bugar.Teringinnye nak petik,tp jaga2 ade yg memerhati.wahaha....tk pasal2 kena senah dgn omak cek lak.


Yang pokok bunga  warna kuning ni pun terserlah warnanye.Tp tk pasti bunga ape.Yg pasti klu i oll's yg tanam,bolehkah bunga tu segar seperti ni ataupun kuncup sentiasa.Meh,nanti kite cube.


Tgh duk lepak2 tu ternmpak ade telefon ni.Sape punye agaknye.Tak pernah jumpe lagi jenama hp ni kat pasaran lagi.Tapi tak taule klu mate i oll's ni kero sbb tk nmpak kat kedai hp ke.Rupenye mak i oll's punye...pengsan jap. Ayah i oll's belikan ni sbb dah tk guna tel.rumah lagi.So,tkdelah asyik nak kene byr kat telekom tu je.Bil pun kene bayar klu tk guna.Betterla guna hp.


Rekabentuknye agak kecil dan comel.Hargenye pun murah je dlm rm 100 lebih.Jadikla buat call in dan out je.Janji mak leh jwb call pun dah cukup.

Selalunye petang2 memang syok kat sini sbb boleh2 jalan2 tgk pemandangan yg cantik dan tenang.Bile umur semakin berusia ni kengkadang kite perlukan suasana yg menjadikan kite aman dari hiruk pikuk kota.Berusiakah?wohoho....hakikatnye terpakse terima.






Segmen 'Jom Follow' by FizxFiza

Selamat pagi kengkawan...


Bersegmen lagi kita.....

Kepada kengkawan yg nak join segmen ni boleh click banner di atas.Jom tambahkan lagi follower.

http://fizxfizaofficials.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-follow-by-fizx-fiza.html



Monday, February 4, 2013

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3

Assalamualaikum...




Jom bersegmen lagi....

Kali ni Cik Rossa nak sertai  Segmen Saya Follow U,U Follow Me oleh Mohd Selim.
If nak join,boleh klik banner di atas.
Mari menambahkan lagi kenalan di samping mengeratkan silaturahim sesama kita.

Thursday, January 31, 2013

Cuti Hari Wilayah




Sebelum melabuhkan tirai bulan Januari ini i oll's nak mengucapkan Selamat Hari Wilayah 2013...
Yeay..yg penting esok cuti....
Hari cuti untuk warga K.L,Putrajaya dan seangkatan dengannye...
Balik kampung le kite....

Wednesday, January 30, 2013

Beryl's chocolate sale!


Selamat pagi readers...

Siape suka makan coklat?
Semua suka...
Eh,ade ke yg tak suka?
Maybe ade jugak kan,tapi rata2 semua suka termasuklah yg tgh menulis ni.
I oll's semenjak 2 menjak ni suke beno mkn coklat jenama beryl's ni.Ni penangan mrs.green yg juge peminat coklat tegar mcm i oll's ni.Tu pasal la kitorg ni comel sgt....hehehe...
Sempena gong xi fa cai ni beryl's mengadakan sale untuk jualan coklatnye.Time ni harge coklat kebanyakannye murah2 belaka.Kalau nak beli leh dtg kat kilangnye kat Seri Kembangan ni.Alamatnye seperti tertera di atas.


Kalau nak tahu,coklat beryl's ni pun ade dijual di kedai2 kat dlm pasaraya jugak.So,klu tk sempat nak pegi kilang die leh beli kat kedai seperti Famous amos ni.Kat sini i oll's beli yg timbang punye 100 gm rm7.90 shj.Boleh pilih macam2 jenis janji harge yg same.Mcm2 perisa ade tp sekarang ni suka ngan tiramisu dan strawberry creamy milk.Sedap dan berkrim.


Yang ni maps nak ke kilang beryl's kat seri kembangan tu.Tempatnye berdekatan dgn UPM Serdang.Waktu dibuka pada pukul 9 pg-6.30 ptg hari biasa.Sabtu-ahad 9 pg-6 ptg.







Tuesday, January 29, 2013

Mood cuti lagikah?

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari selasa rupanye...masih lagi nak bermood cuti.Bila lame na cuti rase nak kerja tp bile kerja nak bercuti pula.Hmm...camtula rutin tiap kali melalui hari2 mendatang ini.Bila pikir balik sampai bilela nak kerja ngan org yg kadang2 sgt bersistem ini.Klau tak koje,mane pulak nak cari fulus kan.So...gigihkan diri ini  juga untuk menjadi kental dan berani.Wahaha...banyak pulak coletehnye pepagi ni.Sesaje je nak buat u oll's rase ape yg i oll's rase.hehhee...Time cuti 3 hari tu i oll's berkuntum di Alamanda...Nak pergi tempat lain rase malas sangat.Terpaksela merajinkan diri untuk jenjalan klu tak boring pulak kat rumah.


Lunch kat RASA Foodcourt Alamanda.Nak makan ape pun tak tau time ni.Ternampak lak thai cuisine ni mcm sedap je..rase nak makan tomyam la pulak.


Tomyam thai ni pekat sgt..Tp ok gakla rasenye sbb diorg pakai rase paste thai tu memang menyengat sekali.Klu i oll's, pakai tomyam paste adabi tu je.Sodap jugakla tp tk same cam ni la.Yang penting ade bau tomyam dan tak banyak sampah sarap kat dlm tu.Baru ade kick.


Ni pula i oll's order telur bistik.Simple je nampaknye.Telur mate campur mix vege.Lepas tu masak sweet and sour.Conpom leh buat kat rumah ni.Rasenye ala2 manis gitu.

Mood cuti masih ade lagi,so minggu akan dtg ni balik kgla pulak.Dah rase semak sgt duk sini,kdg2 kite perlukan suasana yg tenang dan aman.Kengkawan pula ke mane cuti2 ni?





Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul

sumber:http://www.islam.gov.my/risalah-maulidur-rasul-saw-1434h

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan,ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat islam dan sebagai tanda kecintaan  kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam.

Monday, January 21, 2013

Masak lemak udang bersama pegaga



Selamat pagi....

Menu di hari minggu nak masak lemak.Tapi pikir punye pikir teringat ade ulam pegaga kat dlm peti ais tu.Daripada layu lunyai tak bermakan tu apakata buat masak lemak campur dgn udang.Menarik jugak tu.Makan pula bersama nasi putih yang hangat dan sambal belacan.Meleleh sgt.




Masak lemak ni i oll's campurkan dgn daun kunyit sedikit bagi baunye lagi wangi.Cara nak masaknye same dgn masak lemak yg biase tu.


Nilah menu tengahari i oll's..Kalau rase nak cube,leh la try beli daun pegaga tu.Memang banyak khasiat daun pegaga ni.Antaranye...

1) IA DAPAT MENGATASI PENYAKIT KENCING MANIS.

2) MENGURANGI KADAR LEMAK SETELAH MEGAMBIL SECARA. BERTERUSAN SELAMA 2 MINGGU. BADAN AKAN TERASA RINGAN DAN SEGAR.

3) MENGATASI SEMBELIT DAN ANGIN.

4) MELANCARKAN PEMBUANGAN AIR BESAR DAN MEMBANTU MENGELUARKAN TOKSID AKIBAT SEMBELIT.

5) MENURUN KADAR ASID URIK YANG BERLEBIHAN AKIBAT PENYAKIT GHOUT.

6) MENGHILANG KAN SAKIT KEPALA AKBAT MIGRAN.

7) MENGHALUS KAN KULIT DAN MENGATASI MASA ALAH PENYAKIT KULIT.

8) MENGUAT KAN SEL OTAK DAN BAIK UNTUK MINDA KITA SEMUA.

9) MENGUAT KAN IMUNISASI BAGI MENCEGAH PENYAKIT.

10) SANGAT BAIK UNTUK WANITA YANG MENGANDUNG DAN SETELAH MELAHIR KAN ANAK.

11) MENGATASI MASALAH KENCING MANIS DENGAN MENURUN KAN KADAR GLUKOS DAN MENYEMBUHKAN GENGREN.

12) MENCEGAH MASALAH KARDIVASKULAR.

13) BAIK BAGI WANITA YANG MENOPOUS DAN OSTEOPOROSIS.

14) JIKA ANAK2 KEMBUNG PERUT IA BOLEH DI RAWAT. MINUM AIR INI DI TAMBAH KAN MADU ASLI. INSYA  ALLAH..

15) UNTUK PENYAKIT KULIT SEPERTI - KURAP - GATAL2 - KUTU AIR - GENGREN. ( AMBIL HAMPAS TEH TERSEBUT DAN SAPU KAN PADA BAHAGIAN TERSEBUT.

16)UNTUK  BUASIR SETELAH DI MINUM - HAMPAS TEH TERSEBUT DI BUNGKUS DALAM KAIN PUTIH DI BUNGKUS KEMAS. KEMUDIAN DI SELIT KAN TEMPAT SAKIT DAN PAKAI SELUAR DALAM.

'' CARA-CARA MINUM NYA. KITA DI GALAK KAN MINUM SETIAP RENDAMAN SEBANYAK 3 KALI. SETELAH ITU BARU HAMPAS INI DI GUNA KAN. BUAT SAPU PADA TUBUH KITA.

AIR RENDAMAN JANGAN LAH TERLALU PANAS SETELAH DI MASAK BIAR KAN SELAMA 15 - 10 MINIT BARU LAH KITA RENDAM TEH HERBA PEGAGA INI.''

sumber dari http://zakariahashim.blogspot.com