Tuesday, March 26, 2013

Jangan Malu Untuk Berubah




Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini, yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan.
Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.




Wednesday, March 20, 2013

Tamat Sudah Lesen JPJ Ku..

Assalamualaikum buat teman semua...

Dah cukup 2 tahun rupenye...pejam celik pejam celik tengok-tengok lesen dah mati.Berakhirnye lesen P or kate lainnye (PROFESSIONAL)hahhaa...So teringat nak pegi JPJ kat Putrajaya ni.Telefon tanye diorg kate takde untuk renew lesen.Kene pergi kat tmpat lain.Kalau hari biase malas lak nak pegi.So hari Sabtu Ahad jelah yg free.
Rupenye ade buka kat Wisma UTC kat PUDU SENTRAL hari sabtu ngan ahad.Huhu..walaupun jauh janji hari minggu.Gigih sangat nak pegi sane kan.Janji leh hidup lesen ni klu tk asyik risau je nak drive.
Wisma UTC?Tak pernah dengar lak.Maybe i oll's sorang je ke yg tak tau.hmm..jom jengok tempat die..



Nilah pintu masuk ke Wisma UTC atau Pusat Transformasi Bandar.Terletak kat aras 2 kat area tmpat parking kete.Kalu tk silap tmpat ni pun baru lagi mase pembukaan Pudu Sentral yg baru ni.


Rupenye kat sini macam2 ado.Hotel,Kedai kain,kedai buku,klinik,kedai rakyat 1 malaysia,gov.office dn lain2 lg.Yg penting karaoke pun ade.sambil tunggu bas leh karok dulu.hihi..


I oll's buat lesen kat pejabat JPJ  ni lah.Yang bestnye hari minggu tk ramai org.Dibuka dari pukul 8 pg-6ptg sabtu ahad.Hari biase pun buka juge tp smpai mlm.Kire senangla jugak sbb segala lesen yg berurusan dengan kerajaan boleh didapati di sini.Ade Imigresen,SPAD,JPN,SSM dan banyak lg.


Dah lepas buat lesen,i oll's merewang ke kedai buku sambil tgk2 buku2 kat situ.


Banyak sangat buku2 yg menarik seperti novel2 dan buku ilmiah yg lain.Harge pun murah berbanding kedai lain sbb i oll's beli kamus kat tmpat lain harge dlm rm 30 lebih.kat sini cume rm 14 ringgit lebih je.Nyesal tk g sini.


Sempat g beli barang kt kedai rakyat.Saje nk tgk dlmnye walaupun kat office sendiri pun ado.





Antara hasil makanan yg telah selamat dibawa pulang.Banyaknye makan kan.Lapo le katekan...OK..next time leh pegi sini lagi klu nak buat lesen time hari minggu.Rajin sangat lah ni kan.hihi..


















Wednesday, March 13, 2013

Khas buat wanita

Assalamualaikum...Lame rasenye tak menjenguk blog kite ni.Sekarang ni aktiviti berblogger makin kedaung maybe tangan ni kelihatan malas nk menaip.Sekarang ni hari2 duk tgk berite sbb nak kene tahu isu semasa.Kebetulan lak tragedi Lahad Datu ni pun tk habis lagi.So,makin rajin tgk maklumat2 tentangnye kat semua media.Moge2 cepatlah berakhir dan semua pasukan keselamatan berada dlm keadaan selamat hndknye.Hari2 kite duk doa untuk rakan2 tentera kat sane terutamanye adik kwn yg berasal dari kelantan semoga cekal dan tabah untuk mempertahankan negara yang tercinta ini.Jom same2 juge kita sedekahkan Al- Fatihah buat perajurit kita yg terkorban.Jasamu amat dihargai...
Di samping tu nak review tentang aktiviti yg akan berlangsung kt Putrajaya minggu ni.Khas buat wanita2 akan diadakan hari jalan kaki iaitu 1 milion women purple walk serentak di seluruh negara.Siape2 yg tk g mane2 tu leh le sertai aktiviti ni sbb bagus untuk kesihatan kite dan leh le buang lelemok yg bersarang tu.hehehe..Yang mesti ade ialah baju sukan yg penting kaler purple...Tk yah nak segan2 sebab semua yg berjalan ni semuanye perempuan.Sila bawa mak,makcik,adik,kakak,nenek sbb sambil jenjalan leh menikmati  keindahan putrajaya sesambil mengeratkan silaturrahim..




Monday, March 4, 2013

Mulakan pagi anda dengan senaman

Assalamualaikum...

Selamat pagi readers...

Hari ni as usual every morning kita akan bergerak dari rumah untuk ke tempat kerja.Kengkadang nak pergi kerja tu rase berat sangat badan ni.Letih lesu dan tidak bermaya.Mungkinkah body ini tidak berupaya nak menampung lelemok yg tersimpan atau tiada kuasa enjin untuk menggerakkannya.Macam kereta jugak kan nak kene diservis kalau dah sampai waktunye.So,klu nak rase cergas dan bertenaga di pagi hari kite kenelah bersenam walaupun sekejap tapi effectnye amat bagus untuk body kita.Kat sini i oll's selitkan review berkaitan senaman yg i oll's dapat dari hmetro.Moge dapat menjadi panduan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat selepas ini.

Kepercayaan: Cuba bersenam, tetapi tiada guna kerana penuaan tidak dapat dielakkan.

Hakikat:
 Memang proses penuaan tidak dapat dielakkan. Penuaan sudah berlaku sebaik kita dilahirkan, tetapi bukan bermakna ia tidak berguna. Bersenam penting untuk mengekal-kan kesihatan supaya kita boleh menikmati kehidupan hari tua yang sejahtera. Tua bukan bermakna kita tidak boleh bersenam kerana ada warga emas yang berusia lebih 60 atau 70 tahun masih boleh menyertai maraton.

Kesan bersenam bukan pada kesihatan fizikal saja, ia juga boleh merangsang daya ingatan dan mencegah daripada masalah nya-nyuk. Ia juga membantu kita mengekalkan kemampuan berdikari, tidak perlu bergantung kepada orang lain terutama ahli keluarga dan membolehkan kita melakukan aktiviti kegemaran. Inilah sebabnya senaman itu perlu dijadikan satu gaya hidup kita.


Kepercayaan: Senaman tidak sesuai untuk semua orang terutama yang sudah tua, dikhuatiri terjatuh dan mungkin patah tulang.

Hakikat:
 Senaman adalah cara untuk mengurang-kan risiko terjatuh kerana ia membantu membina kekuatan, meningkatkan keseimbangan badan dan kelincahan. 

Senaman seperti tai chi adalah contoh senaman yang sangat berguna untuk memperbaiki keseimba-ngan badan. Masalah tulang lemah dan reput (osteoporosis) juga boleh dikurangkan risikonya dengan bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan.


Kepercayaan: Saya sakit, saya tidak boleh bersenam.

Hakikat:
 Dalam sesete-ngah keadaan kita memang disarankan untuk berehat seperti ketika demam. Namun, secara umumnya semua doktor menasihatkan pesakit mereka supaya bersenam mengikut kemampuan, hatta mereka yang baru menjalani pembedahan termasuk pembedahan jantung. 

Banyak pesakit kronik juga disarankan supaya bersenam. Bersenam adalah antara ‘ubat’ penting untuk banyak jenis penyakit kronik termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, sakit jantung dan artritis.

Bagaimanapun berbincanglah dengan doktor terlebih dulu mengenai kesesuaian jenis senaman yang anda rancang untuk belajar cara selamat melakukan-nya. 


Kepercayaan: Saya bimbang dapat serangan jantung ketika bersenam.

Hakikat:
 Memang ada orang yang mendapat serangan jantung ketika bersenam. Bagaimanapun, kita perlu ingat, serangan jantung boleh berlaku bila-bila masa termasuk ketika tidur. Namun, manfaat kesihatan daripada bersenam itu jauh lebih tinggi berbanding risikonya. 

Malah, orang yang tidak pernah atau jarang-jarang bersenam mempunyai risiko lebih tinggi mengalami serangan jantung berbanding individu yang aktif.


Kepercayaan: Senaman akan menyebabkan sendi saya sakit.

Hakikat:
 Orang yang mengalami masalah sakit sendi (artritis) sangat digalakkan untuk bersenam mengikut kemampuan masing-masing. 

Menurut jurupulih kerja, Charlie Tan, bersenam perlu dianggap sebahagian daripada ubat wajib pada pesakit artritis kerana ia syarat wajib untuk mengelakkan sendi daripada kehilangan fungsinya. Lebih banyak anda bergerak, otot dan sendi akan menjadi lebih kuat. 

Bagaimanapun anda perlu ‘menghormati’ sendi anda. Jika rasa terlalu sakit, berehatlah dan pergilah berjumpa doktor. Belajarlah kaedah senaman bersesuaian dengan masalah anda.


Kepercayaan: Saya terlalu letih atau lemah untuk bersenam.

Hakikat:
 Orang yang baru menjalani pembedahan atau baik daripada penyakit memang berasa lemah walaupun untuk berjalan. Bagi pesakit jantung contohnya, mereka disaran untuk ba-ngun dan berjalan perlahan-lahan sebaik berada di wad biasa. 

Doktor bukan mahu menyeksa kita sebaliknya mereka mahu pesakit cepat sembuh. Kalau rasa lemah, cubalah berjalan di keliling katil saja, beberapa kali sehari. Pada hari kedua, berjalan jauh sedikit, mungkin sekitar kawasan wad. Bersenam, walaupun perlahan akan merangsang proses penyembuhan. 

Bagi mereka yang berasa ‘tidak bertenaga’ apabila sampai di rumah dari tempat kerja, cubalah luangkan masa untuk bersenam. Buat senaman ringan di dalam rumah seperti menari, turun naik tangga atau berjalan setempat sehingga berpeluh (dalam 15 hingga 20 minit). Anda akan rasa lebih bertenaga selepas bersenam. Malah, emosi juga akan bertambah baik.


Kepercayaan: Saya sudah berumur dan tidak pernah bersenam, jadi sudah terlewat untuk melakukannya. 

Hakikat:
 Tiada umur yang dikatakan terlalu lewat untuk mula bersenam, hatta anda sudah memasuki umur emas. Bersenam mengikut kemampuan boleh membantu menguatkan kekuatan otot. 

Semakin kita berusia, semakin banyak risiko pe-nyakit yang menunggu. Jadikanlah senaman sebagai ‘makanan’ harian untuk mengembalikan kesihatan. Bahkan jika kita sudah ada penyakit pun, banyak kajian menunjukkan bersenam boleh membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik.


Kepercayaan: Wanita tidak sepatutnya lakukan senaman angkat bebanan, nanti badan berketul-ketul.

Hakikat:
 Senaman me-ngangkat bebanan yang dilakukan secara sederhana tidak akan membuatkan badan wanita jadi seperti ahli sukan bina badan. Bukan mudah untuk mempunyai badan begitu kerana perjalanan untuk sampai ke tahap itu amat payah. 

Pembentukan otot pada lelaki berlaku lebih cepat kerana mereka mempunyai hormon testosteron. Jika wanita mahukan badan berketul seperti lelaki, mereka perlulah mengambil hormon testosteron (hormon yang memberikan ciri lelaki) yang banyak.

Bagi kita yang bersenam pada kadar sederhana, tidak perlu takut untuk melakukan senaman mengangkat bebanan. Senaman angkat berat penting untuk me-ngurangkan paras lemak dalam badan, meningkat-kan jisim otot dan membakar kalori dengan lebih cepat serta berkesan. 


Kepercayaan: Jika sudah kurus dan tiada masalah berat badan berlebihan, tidak perlu bersenam.

Hakikat:
 Satu perkara yang perlu kita fahami ialah kurus bukan bererti sihat. Di sekeliling kita berapa ramai orang kurus yang sakit? Mung-kin ramai tidak sedar bahawa orang kurus juga boleh mempunyai paras lemak badan yang tinggi. 

Menurut penyelidik di Klinik Mayo, lebih daripada separuh golongan dewasa dengan berat badan normal termasuk dalam kategori ini, mempunyai lebih 30 peratus lemak badan bagi wanita dan 20 peratus bagi lelaki. 

Kandungan lemak badan yang tinggi meletakkan orang kurus sama kedudukannya dengan risiko individu gemuk (obes) untuk mendapat penyakit kencing manis.

Tujuan bersenam bukan sekadar menurunkan berat badan, tetapi ia mempu-nyai banyak kebaikan lain. Antara manfaat lain bersenam ialah ia boleh membantu mengembalikan tekanan darah ke paras normal, memudahkan kawalan penyakit, mening-katkan kecergasan, mengurangkan rasa letih dan membuatkan kita rasa tenang.


Kepercayaan: Tidak berguna bersenam jika berat badan tidak berkurang.

Hakikat:
 Seperti dijelaskan di atas, bersenam bukan untuk menurunkan berat badan semata-mata. Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, perlu ada tiga perkara pokok iaitu kesungguhan, mengurang-kan pengambilan makanan dan meningkatkan pergerakan (aktiviti fizikal). 

Janganlah dua tiga hari bersenam sudah mengharapkan berat badan turun satu atau dua kilogram. Berat badan bertambah perlahan-lahan, penurunannya juga perlulah mengambil masa. 


Kepercayaan: Kita boleh lakukan senaman khusus untuk membuatkan bentuk anggota tertentu jadi cantik.

Hakikat:
 Ini kepercayaan karut yang akan melunturkan semangat seseorang untuk terus bersenam selepas mendapati tiada perubahan pada anggota tertentu seperti diharapkan. 

Tidak usahlah habiskan tenaga buat satu perkara yang tidak mendatangkan faedah. Senaman secara teratur dan berterusan akan memberikan hasil yang kita idamkan termasuk banyak perkara baik lain yang tidak kita sedari. 


Kepercayaan: Kalau saya sudah bersenam 30 hingga 45 minit, saya boleh buat atau makan apa saja.

Hakikat:
 Bersenam bukan tiket untuk kita mengamalkan pemakanan sesuka hati. Malah, ia juga bukan laluan yang membolehkan mengamalkan gaya hidup ‘malas bergerak’ pada kebanyakan hari. 

Kajian yang dilakukan Persatuan Kanser Amerika ke atas 123,000 orang sihat mendapati wanita yang duduk selama enam jam sehari mempunyai kebarangkalian 40 peratus mati cepat berbanding kumpulan yang banyak bergerak.


Kepercayaan: Bersenam di gimnasium lebih baik.

Hakikat:
 Tidak kira di mana pun anda bersenam, semuanya memberikan manfaat dan meningkat-kan tahap kesihatan. Kita tidak perlu berbelanja besar untuk sihat. Jangan cemburu pada orang yang mampu menjadi keahlian pada mana-mana gimnasium berprestij kerana anda boleh mendapat kesan sama dengan bersenam di taman rekreasi. 

Banyak taman rekreasi di negara kita dilengkapi dengan peralatan yang lebih kurang sama dengan di gimnasium dan boleh digunakan secara percuma.


Kepercayaan: Senaman boleh menukar lemak kepada otot.

Hakikat:
 Tidak kira senaman apa yang anda lakukan, ia tidak boleh menukar lemak kepada otot. Sel lemak tidak akan bertukar kepada sel otot atau sebaliknya. Ia adalah dua tisu yang berbeza, kata Ketua Program Sains Senaman di Kolej Quincy, Massachusetts, Amerika Syarikat, Dr Wayne Westcott.

Kita menjadi gemuk apabila sel lemak dipenuhi dengan lemak. Seseorang yang gemuk mempunyai jumlah sel lemak yang lebih banyak berbanding orang kurus. Bersenam boleh mengurangkan kandungan lemak di dalam sel lemak dan menambah saiz sel otot kita.


Kepercayaan: Saya tiada masa untuk bersenam.

Hakikat:
 Berhentilah menggunakan alasan lapuk ini. Apa yang badan perlukan hanyalah 20 hingga 30 minit sehari daripada 24 jam yang diberikan pada kita. Tidak perlu lakukan dalam satu sesi, boleh pecahkan kepada tiga sesi, 10 minit satu sesi. Contohnya 10 minit berjalan cepat pada waktu pagi dan 20 minit bermain badminton, berbasikal atau menari pada waktu petang - hak badan kita sudah tertunai!

Untuk menyemarakkan semangat, ajak ahli keluarga misalnya pasangan dan anak-anak untuk bersenam bersama. Sesi senaman akan jadi lebih meriah dan menyeronokkan.

Sumber: hmetro.com.my