Thursday, June 7, 2012

Drama Waris




Cerita hantu datang lagi...apakah?Mesti u oll's ingat cerite ni Kekasihku Seru.Yang akan datang ni sekuel dari drama ni tajuk Waris.Hwa..hwa...seramnye citer ni.Mak jenab memang penggemar citer hantu yang horror-horror ni,tapi yg ni memang lagi horror u..Termimpi-mimpi le jadinye..tapi tetap nak tgk gak sbb musim lalu citer ni best sgt.Nak tgk kesambungannye..jom bace die punye sinopsis citer ni..




Diarahkan oleh Kabir Bhatia, sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Rashad & Marisa selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Marisa sebelum ini pernah diganggu oleh Waris kerana dia memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.
Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.
Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris? Jadi, jangan ketinggalan untuk menonton Waris bermula 14 Jun, setiap hari Khamis jam 10.00 Malam di TV3.


3 comments:

  1. ekau tak do kojo lain ka...asyik dok tengok citer horo bagai....hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...eden memang excited klu dpt tgk citer horror ni tp lepas tu menggelupur nak g toilet pun pandang kiri kanan.he2..

      Delete
    2. ahahha iols baru baca, tapi nak jugak komen walaupun dah berbulan lepas kah3..eden pun suke jgk layan citer nih, best tau tapi takut hik3..

      Delete