Wednesday, November 21, 2012

Have fun at I-City Waterworld

Assalamualaikum...

Musim cuti sekolah dah bermula...mesti kengkawan nak bawak anak-anak pergi bercuti.Mcm i oll's ni terpakselah hangkut anak buah atau anak sedara pergi jenjalan.Nak angkut anak kucing pun leh gak buat teman di kala sunyi.Pape pun dah tak tau nak pergi mane kat area bando ni.Klu kt kg leh gak pergi mandi air terjun atau air kolah.kuang..kuang..kuang...Tapi baru2 ni ade tmpat menarik baru buka.Nk tau kat mane?Kat Shah alam i-city u oll's...Biar betul ade waterpark kat sini.Rupenye memang ade,baru je bukak ari tu.Ha..ape lagi jom mandi mande....



i-City yang terletak di Shah Alam telah membuka Taman Tema pertama di Asia Tenggara bernilai RM25 juta. WaterWorld@i-City kini menampilkan permainan Tornado Ride yang setinggi tujuh tingkat, dibuka semalam dengan sasaran keuntungan pulangan modal dalam tempoh 2 tahun.
Mengenai permainan Tornado Ride, permainan ini telah terkenal di Kanada sejak sembilan tahun lalu kerana pengalaman tunggangan yang sangat menyeronokkan.
“Dalam masa selama 28 saat, mereka yang bermain permainan ini bakal merasakan debaran dan keseronokan yang tidak dapat digambarkan. Tornado Ride adalah yang pertama di rantau ASEAN merupakan usaha syarikat seiring dengan matlamat i-City untuk menjadi hab berasaskan teknologi yang memiliki konsep komersial dan riadah,” tambah Monica Ong lagi.
Waterworld@i-City beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari dan dari 9 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah. Tiket-tiket biasa berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Promosi cuti sekolah ini telah memberikan kemasukan percuma ke Snowalk dengan harga tiket yang sama.
Antara tarikan i-City Waterworld yang lain ialah jakuzi gergasi, pelbagai jenis gelongsor untuk kanak-kanak dan dewasa serta kolam mandi untuk kanak-kanak. I-city waterworld terletak di Bandar Shah Alam.
credit to:melayukini.net


9 comments:

  1. jom cik rossa mandi manda kat sini..tapi kene pakai burkini ke?...alaaa kang mcm dugong terdampar pulak iolls nih...

    harga pun mcm ok je...bilalah nak pergi...asyik ramai org je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom gie..bestnye dpt mandi mande beramai-ramai.kite meramaikan lg geng2 mek jing.Kihkihkhih..nak pakai burkini tu memang skrg al sendat jugak.kene tunggu lagi 4 minggu kot.baru nmpak kurang sikit spring tyer ini.ouch..

      Delete
    2. kalau uolls mmg boleh kot lagi 4 minggu...iolls ni dah kategori lemak tepu...lambat la kot

      Delete
    3. I oll's pun mcm tk larat dgn penyenahan ini.Pengsan...

      Delete
  2. Salam Rosniza...Terima kasih singgah & follow blog ya.Mmg seronok klu bawak anak2 g tamna tema nih!Maunya depa xmo balik..:)


    P?s:klu berminat dgn pemanggang ajaib...colling2 la ya.Sdg harga promosi skrg:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam juge...confirm tk mau balik sbb permainan kt dlm tu pun best2 belaka.He2...ok,terima kasih juge singgah kat sini.

      Delete
  3. wah macam best jer, patutulah itu hari tak buka lagi kalo tak lebam disenahkan weols, mahu kering air disitu kih3...mekasih uols sharing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehehe....klu tk silap baru bukak 9 nov.hari tu.Ramai gak yg pegi tp i oll's tk pegi2 lagi.Huhu..klu geng mek jing ade kat situ memang kering dikerjakan.Hbs air kolam,air hujan pun disenahkan we oll's.hehehe...

      Delete
  4. wow hebatnya........ hehehehe cantik utk main dan mandi ......... tidak boleh lupa ... bye,,bye

    ReplyDelete