Powered By Blogger

Wednesday, July 4, 2012

Komputer dan seangkatan dengannya...

Komputer?Laptop?Tablet?ape-ape jela...Ni semua adik-beradik teknologi .Kalau dolu2 pakai komputer yang screennye bulat.Sekarang dah di upgred screen leper...




komputer dolu-dolu tapi sekarang masih ade lagi cume tk banyak dah.




Sekarang dah pakai macam ni.




Laptop yang senang dan mudah digunakan.Takyah nak hangkut pc ngan cpu berat2 tu.




Ha sekarang dek kecanggihan teknologi lahirla tablet pc.Mudah dibawa kemana-mana hanya dengan menggunakan touch screen shj.Ape-ape pun boleh...

Dek kerana canggih sangat,kengkadang ade gak kelemahannye.Kat sini cik Rossa nak kongsi tips Punca-punca kenapa komputer kite sering perlahan.

Komputer Yang Perlahan Banyak Dipengaruhi Oleh Sesuatu Program Dan Juga Kemampuan Komputer. Ketahui Apakah Punca Komputer Kita Menjadi Terlalu Perlahan.
Semakin hari semakin perlahan sehingga menunggu masa yang lama untuk membuka/menjalankan sesuatu program. Paling dahsyat, komputer akhirnya terus tidak berfungsi. Semua program ‘mati’ dan hang.
Kenapa komputer anda perlahan?
Mengikut pengalaman saya, rakan-rakan dan pembacaan, terdapat banyak punca yang menyumbang ke arah tersebut, antaranya:
1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi
Ada sesetengah program menggunakan memori yang tinggi. Cara mudah untuk mengetahuinya adalah dengan menggunakana Task Manager. Klik kanan pada toolbar di bawah kemudian pilih Task Manager. Pada Task Manager, klik pada Processes. Boleh juga tekan CTRL + ALT + DEL untuk membuka Task Manager.  Ia akan menyenaraikan semua program/aplikasi Windows sedang jalankan.
Lihat pada Mem Usage iaitu jumlah memori yang digunakan untuk program tersebut. Jika anda perhatikan jumlah memori yang digunakan dalam K (kilobytes). Lebih tinggi jumlahnya lebih tinggi memori digunakan.
Kemudian klik pada Performance dan lihat graf CPU Usage History. Peratusan melebihi 80% selalunya menyebabkan komputer menjadi perlahan. Ini disebabkan oleh semua program yang dijalankan tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh RAM dan CPU komputer. Jika 100%, bermakna komputer anda sudah kaku atau hang.
Contoh program yang menggunakan memori yang tinggi adalah 3D Games, Antivirus dan Internet Browser.
2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)
Program sebegini tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana komputer menjalankannya secara aotomatik. Semua program yang berada di toolbar komputer adalah background program.
Contoh background program adalah Antivirus, Bluetooth, Audio and Video setting, Wireless dan LAN internet.
3. Ruang hard disk yang terhad
Salah satu punca utama yang kerap berlaku adalah kekurangan ruang pada hard disk. Ini disebabkan oleh terlalu banyak program dipasang (install) tetapi saiz ruang yang terhad. Windows akan mengeluarkan amaran mengenai komputer yang perlahan akibat kekurangan ruang. Jadi, kita akan mengetahui dan perlu melakukan tindakan segera.
4. Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.
Virus dan anasir jahat pada komputer memang tidak dapat dielakkan. Setinggi mana sekali pun teknologi, ia tetap boleh ditembusi. Komputer akan perlahan, fail akan rosak dan program tidak berfungsi dengan sempurna adalah tanda-tanda komputer anda perlukan bantuan segera.
5. Memori (RAM) yang rendah
RAM antara komponen (hardware) penting dalam komputer. Jika program yang hendak digunakan adalah tinggi pengggunaan RAM-nya, maka memori (RAM) juga perlu setanding. Jika anda penggemar tegar permainan komputer, RAM tinggi adalah keperluan wajib pada komputer.
Melayukini.net – Komputer yang perlahan banyak dipengaruhi oleh sesuatu program dan juga kemampuan komputer. Kita sudah mengetahui kemungkinan utama terjadinya masalah ini.

Oleh itu,amat penting untuk melindungi komputer kita.Tips Melindungi Komputer ade cik Rossa selitkan sekali..
 Semakin Hari Semakin Banyak Serangan Ke Atas Komputer Yang Wujud Dan Pastinya Ia Menjadi Semakin Menakutkan. Adakah Komputer Kita Selamat Dengan Hanya Sekadar Memasang Antivirus? 
Dari antivirus, firewall, website penipu sehinggalah kepada tindakan menggodam laman web kerajaan, semuanya berkisarkan keselamatan. Semakin hari semakin baru serangan yang wujud dan pastinya ia menjadi semakin menakutkan.
Bagi pengguna komputer, adakah cukup sekadar mempunyai ANTIVIRUS?
Bagi pengguna kediaman mungkin kurang mendapat tempias serangan menggila sebegini tetapi untuk syarikat dan kerajaan pasti menyakitkan kepala.
Sesetengah syarikat gergasi mempunyai lebih dari 1000 komputer untuk diuruskan. Memang tidak cukup dengan hanya memasang antivirus.
Serangan tidak semestinya dari luar rangkaian. Boleh juga berlaku disebabkan kecuaian oleh pihak dalaman. Salah satu puncanya adalah kebocoran data. Data atau fail yang disalin dari komputer pejabat ke dalam pendrive.
Kemudian, dipindahkan dari satu komputer ke komputer lain. Secara langsung memberikan ‘ruang terbuka’ untuk penggodam mengambil kesempatan.
“Jadi, apa yang boleh dibuat?”
Penyelesaian terkini adalah dengan menggunakan Endpoint Security. Mudahnya, Endpoint Security adalah tambahan fungsi kepada antivirus sedia ada. Ia satu pakej lengkap melindungi komputer dan server pada sistem rangkaian.
Komponen-komponen utama yang perlu ada pada Endpoint Security adalah:
1. Antivirus & Anti-Spyware – tugasan utama melindungi komputer daripada serangan virus, trojan, malware, spyware dan anasir-anasir jahat yang lain.
2. Personal Firewall – Mengawal akses komputer ke rangkaian-rangkaian lain.
3. Policy Control – Mengawal dan memberikan laluan kepada sesuatu perisian, aplikasi dan perkakasan mengikut polisi yang telah ditetapkan.
4. Network Access Control – Mengawal rangkaian komputer sama ada untuk akses intranet dan internet. Hanya komputer yang berada dalam polisi yang ditetapkan sahaja boleh memasuki rangkaian.
Semua fungsi-fungsi di atas bergabung untuk mengawal aliran data, akses ke internet, akses ke rangkaian dan juga keselamatan data. Setakat ini hanya ada 4 Endpoint Security yang popular di Malaysia, antaranya:
1. Sophos Endpoint Security & Data Protection
2. Symantec Endpoint Protection
3. McAfee Endpoint Protection Suite
4. Trend Micro OfficeScan
Melayukini.net – Kawalan akses dan polisi paling penting untuk mengelak kebocoran data, serangan penggodam dan juga virus. Sekarang, ia sudah jadi satu keperluan pada syarikat-syarikat kerana kehilangan data adalah perkara paling ditakuti oleh setiap pengurusan syarikat.
Semoga tips-tips ini boleh dijadikan panduan untuk we oll's yang suka melayari komputer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




6 comments:

  1. saya tak ikut sgt perkembangan tekno ni...

    tq sis rossa share ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama miss gie..kite pun tk berape nak pro gak pasal ni tp sejak2 komputer kite jadik macam ni, tu yg i oll's terpakse gak nmenelaah bagai.hwa....

      Delete
  2. mekasih laling rossa..tapi tulah kan, kalau tang kene block tu agak2 ada tak formula yang boleh bypass depa tuh?sentap mak semua tak dapat...mungkin nak suruh iols bertekun mjawab panggilan..baikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Came2 sis..tu le,i oll's gigih nak cari sape yg buat keje2 durjana yg tlh block sume2 ni.Klula dpt...ish..ish..memangle nak kene siku ngan mak jenab.ada bran??Sesuke hati je tau..sume yg nak tgk,cume tk dpt.kosong,..je dpt..

      Delete
    2. hik3..kosong, kooosongggggg!

      Delete
    3. wah2 cik rossa nak siku sape yg wat durjana itew....kalau mcm tu saya nak tumit kat depa2 tu...hambik!

      Delete